mEnu

Monday 28 June 2010

menembak??

Skuad pelapis menembak belum mantap

KUALA LUMPUR - Penembak pelapis kebangsaan masih memerlukan pendedahan dan pengalaman sebelum dapat diserapkan ke pasukan elit bagi beraksi di kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Jurulatih menembak kebangsaan. Mohd. Sabki Mohd. Din berkata, walaupun terdapat beberapa individu yang menyerlah di Sukan SEA di Laos tahun lepas dan di Sukan Malaysia di Melaka yang berakhir dua minggu lepas, secara keseluruhannya pencapaian mereka masih tidak konsisten.

"Pengalaman yang diraih sepanjang berada dalam pasukan pelapis masih belum mencukupi untuk mereka berada dalam skuad elit. Proses ini mengambil masa yang panjang dan memerlukan perbincangan yang mendalam dengan pihak Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM)," katanya, semalam.

Mohd. Sabki berkata, pihaknya akan menghantar beberapa penembak pelapis sebagai "back-up" kepada penembak elit untuk beberapa siri kejohanan antarabangsa yang akan berlangsung kelak. Pendedahan terhadap kejohanan berprestij seperti Sukan SEA adalah satu langkah awal untuk penembak pelapis menentukan matlamat dan sasaran masing-masing, katanya.

''Barisan penembak pelapis seperti Mohd. Norahimi Abdul Halim (raifal) Jonathan Wong Guanjie (pistol) dan Siti Nur Izzati Mohd. Sabki (raifal) dilihat mempunyai potensi yang besar untuk diserapkan dalam skuad elit.

"Mohd. Nurahimi contohnya, meskipun masih baru dalam skuad pelapis telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam beberapa siri kejohanan yang disertainya sepanjang tahun ini," kata Mohd. Sabki.

NSAM juga menyenaraikan Wong dan Siti Nur Izzati untuk beraksi di Sukan Olimpik Remaja di Singapura yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos ini.

Seramai 16 orang penembak pelapis kini sedang menjalani latihan secara berkala di Lapangan Sasar Kebangsaan di Subang. - Bernama

berite ni mcm menyebelahi anak sabki je. terer sgt ke anak die, mcm tak je. sdgkan ramai lg penempak pahang yg talented.. hahaha.. sorry to say.


No comments:

Post a Comment