mEnu

Friday 11 November 2011

ujian & dugaan

salam.
aku takot fajar menyinsing
yang menandakan aku semakin kesuntukan masa tuk study.
peperiksaan semakin hampir.
jiwa kacau! hati bercelaru! minda serabut!
jangan kau sentuh emosi ibu yang telah melahirkan aku wahai kau manusia!
jangan kau ganggu keserabutan beliau yg amat ku syg!!
pergi kau pergi !!!!! cukup lah hati ini saja yang menanggung derita.
kau taburkan lah segala derita ini HANYA PADA AKU SAJA!!
jangan kau usik orang lain yang tidak bersalah, yg sama sekali tidak berkaitan.
aku rela menanggung segalanya!

ya Allah.. dugaan mu..aku terima.
kerana aku yakin ujian ini
adalah setimpal dgn kekuatan yang jua telah dikurniakan oleh-Mu.
kerana itu, aku yakin aku mampu mengatasinya.
namun, aku mohon supaya ia dipermudah.

celaru memikirkan ini semua.
namun ku gagahi hadapi dgn senyuman.
walaupun hakikatnya aku seorang yg merasainya.
penuh onak dan duri, fikiran tidak mampu fokus lagi.
mohonku, pelihara lah ibuku kerana...hanya dia lah tunjang keluarga ketika ini.
mak...kakak syg mak. biar segala kepayahan ini kak yang tanggung.
cukup lah dgn pemergian abah merupakan satu tamparan hebat buat mak.

haduh! hati ini makin merasai apa yang mak rasa!
tak terluah dek kata-kata.

namun, tatkala kita diuji dengan pelbagai onak cabaran yang memeritkan,
ingatlah BAHAWA ALLAH ITU ADA.

Dia menguji supaya kita menjadi sorang hamba yang penyabar serta redha.
A.m.i.n

~ Jauhi lah ibuku dr segala seksaan, keperitan hidup dan berikanlah kebahgiaan buat ibuku~


No comments:

Post a Comment