mEnu

nEws

ISU : 10 ANGGOTA JEMAAH ISLAMIAH DITAHAN?

23/06/2010 7:33pm

KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hari ini, penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata, kumpulan yang diketuai lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari tahun ini.

"Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.
"Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Abu Seman berkata, Ayman berada di negara ini bertujuan untuk mendapatkan potensi di kalangan pelajar yang boleh dijadikan sebagai kumpulan militan.

"Mereka kemudiannya akan dihantar ke negara ketiga untuk dilatih bagi berjihad,” katanya.
Pada 14 Jun lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan seramai 10 individu warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan ekstremis JI sejak awal tahun ini.
Dalam pendedahan itu, Musa berkata ke semua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dihantar pulang ke negara asal mereka untuk tindakan undang-undang. – Bernama

* di sini kita dpt lihat warga asing mudah mempengaruhi minda kita, terutamanya anda pelajar harus 
bijak menilai yg mana mendatangkan kebaikan dan menjahuhi nahi mungkar.
* kita kene terima hakikat bahawa malaysia tidak memaksa sesiapa utk menganut mana-mana agama, malah harus ada sikap menghormati agama lain. selagi agama lain tidak mengancam agama kita, mengapa kita perlu mengancam agama lain??? tidakkan ia memudaratkan kita juga kelak?