mEnu

Monday 21 February 2011

bila tiba..


Tertarik kata2 ini ...........

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Dalam perkara ini iblis memainkn peranannya untuk menyesatkan manusia kecuali orang yang mempunyai keimanan yang kuat bisa menepisnya, itupun satu dalam seribu.

Rasa kosong, mendorong kita untuk mengisinya semula. Terasa jauh, kita berusaha untuk mendekat pada-Nya. Begitulah Allah Taala mendidik kita insan berdosa ini. Kita akan terus mencari selagi terasa belum berjumpa. Sukar kita untuk bersabar. Tetapi bergembiralah, rasa susah ini pun sebenarnya satu kurnia besar daripada Allah Taala supaya melihat kesulitan dari sudut pengajaran, tarbiah.

Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" As-Saff (61:10-11)



No comments:

Post a Comment