Tuesday, 15 November 2011

blocked

salam.

kalau dahulu..
aku delete kerana aku tak sggup melihat keintiman kau bersama tut-tut.

kalau kini..
aku delete atas dasar post2 kau yg meng'psiko'kan aku.

hmm.. aku arap lepas ni baik2 saja.
hish jauhkan lah aku dari manusia pendendam.
jauhkan aku dr seksaan perasaan.
dekatkan lah aku senantiasa di jalan yang lurus
jalan yang diredhai-Mu
jalan yg tenang dengan manusia2 yang memberi ketenangan.
tidak memberi tekanan dalam hidup ini.

tapi kadang2..
aku seringkali berasa ragu-ragu utk mmbuat keputusan
walaubagaimanapun, kuatkan lah ati ini supaya ini adalah keputusan yang terbaik.




Saturday, 12 November 2011

morning

wah ..
aku mimpi aku berada di satu muzium
yang sedang dlm poses pembaikan
aku jumpe beberapa orang yang aku rasa tua dr usia sebenar mereka,
walhal hakikatnya mereka around 24th je hehe
(dlm mimpi aku dh tnye hehe)

okay, aku nmpk sebuah katil,
warna merah,
empok dan berbulu.
aku lompat wah sedap tul! hahaha

aku gak mimpi mmbe bek aku cea dgn nema
kitrg lepak menyembang satu topik yg agak serius
topik tersebut aku akan hadapinya dlm dunia realiti
mgkin terbawa2 dek perasaan tu yg smpai ke mimpi mungkin

utk yg seterusnya aku nk mimpi terbang. agak lama dh tak mimpi terbang
ia satu petanda yg kurang enak buat aku, sbb petanda terbang ni
biasenya petanda baik tuk aku :)

okay la .. wasalam,

Friday, 11 November 2011

ujian & dugaan

salam.
aku takot fajar menyinsing
yang menandakan aku semakin kesuntukan masa tuk study.
peperiksaan semakin hampir.
jiwa kacau! hati bercelaru! minda serabut!
jangan kau sentuh emosi ibu yang telah melahirkan aku wahai kau manusia!
jangan kau ganggu keserabutan beliau yg amat ku syg!!
pergi kau pergi !!!!! cukup lah hati ini saja yang menanggung derita.
kau taburkan lah segala derita ini HANYA PADA AKU SAJA!!
jangan kau usik orang lain yang tidak bersalah, yg sama sekali tidak berkaitan.
aku rela menanggung segalanya!

ya Allah.. dugaan mu..aku terima.
kerana aku yakin ujian ini
adalah setimpal dgn kekuatan yang jua telah dikurniakan oleh-Mu.
kerana itu, aku yakin aku mampu mengatasinya.
namun, aku mohon supaya ia dipermudah.

celaru memikirkan ini semua.
namun ku gagahi hadapi dgn senyuman.
walaupun hakikatnya aku seorang yg merasainya.
penuh onak dan duri, fikiran tidak mampu fokus lagi.
mohonku, pelihara lah ibuku kerana...hanya dia lah tunjang keluarga ketika ini.
mak...kakak syg mak. biar segala kepayahan ini kak yang tanggung.
cukup lah dgn pemergian abah merupakan satu tamparan hebat buat mak.

haduh! hati ini makin merasai apa yang mak rasa!
tak terluah dek kata-kata.

namun, tatkala kita diuji dengan pelbagai onak cabaran yang memeritkan,
ingatlah BAHAWA ALLAH ITU ADA.

Dia menguji supaya kita menjadi sorang hamba yang penyabar serta redha.
A.m.i.n

~ Jauhi lah ibuku dr segala seksaan, keperitan hidup dan berikanlah kebahgiaan buat ibuku~


astaghfirullah hal azim

haih..
wahai waktu yg berputar,
aku tak tau apakah kesudahan hidupku ini,

jauhi lah aku dr manusia pendendam.
jika kau betul2 manusia yg baik,
kau tidak akan menceritakan perkara-perkara buruk, apetah lagi
menghebahkannya secara umum di mukabuku.
jika tidak benar hebahan itu, ia sudah masuk FITNAH.
dan kat cini aku nk bgtau hukum fitnah tu..

Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:
"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah"


Thursday, 10 November 2011

otakku scanner?

salam.

lama amat tak berkarya disini.
baiklah.....arini 10nov, then..
aku sedang countdown utk exam on 14th.
rase macam senang je, haha (bongkak gila)

tp tahla...aku arap bayang2 aku kuat waktu exam tu.
sbb aku ni .. jenis pelik ckit. aku pon tak tau knapa. haha
aku bukan jenis penghapal. kalo org soal jawab, blom tentu g aku bleh jawab.
tp waktu exam tu aku bleh jawab sbb aku terbayang urup2 tulisan yg terdpt dlm buku tu.
kdg2 aku rase macam scanner pon ade otak aku ni. hahaha.

tp kadang2 rase cam goyah gak bila org tny aku tak pat jawab.
mungkin aku perlukan keadaan yg tidak tertekan utk jwb, so aku bleh imagine jawapan tu ada di mukasurat brape. wah hebat gila daya imaginasi aku! ahhaha.
overrrrr okay. tp yg sedihnya.... kadang2 bila imaginasi tu tak berfungsi, agak gelabah gak la.
tu yg dok menghangit macam2 kat ketas tu. adeh nasib badan lah sape suh ko tak apal kan !!
hehehe.... btw.. aku amat berharap org sebelah kiri, kanan, belakang dan depan aku nnt sporting2 belaka tuk kongsi jawapan mereka bersama aku yg agak2 lampi ckit ni kan kan!

udah.tak larat nk tep! bye u olls (cewah konon mcm ramai peminat u olls konon) haha

Friday, 14 October 2011

Tetapkah lah hati ini

lama menyepi.
arini terasa ingin mengepos warkah yang amat2 tak tau nk luahkan dimana.
hati ni keliru, gusah, goyah.
oh ya Allah, berikanlah aku jalan yang terbaik untukku.

hati ini keliru, yang mana satu.
walau yg buruk itu ku jauhi, namun kenapa masih ku ingati hingga kini.
dengan kata-kata kesat yang telah ku terima, kenapa masih ku teringat padanya?
ya Allah sungguh dia bukan untukku, kau tunjukkan lah segera.
jika dia untukku yg sebenar2nya, kau tunjukkanlah segera, kerana
aku khuatir akan menyakiti hati yang lain.

hari makin hari aku semakin rapat dgn insan lain,
tetapi jauh di sudut ati masih terbayang yang lama.
walhal aku sendiri sedar utk kembali pada masa lampau adalah mustahil,
untuk kembali bahgia seperti dahulu sangat lah lagi mustahil kerana
kapal yang telah kulayarkan kini hanyut pergi jauh dr pantai.

ya Allah, aku keliru dengan perasaan sendiri.
meskipun ku tolak jauh kapal ini, masih dapat ku rasakan angin pantai yang lama.
antara cinta dan kasih.
antara sayang dan cinta.
antara rindu yang berdolak dalik.
mana satu.
aku terperangkap dengan perasaan sendiri.

aku berharap,
tetapkanlah hati ini jika pilihan ini adalah yang terbaik untukku.
sekian

Monday, 15 August 2011

hatku inginkannya!!

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku.

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya